"Wazakkirfainnazzikraatanfau'lmukminin"

..Dan ENGKAU berikan peringatan,sungguh peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin..

.....SELAMAT DATANG.....

..maRi mEnGeNaL NaMa2 ALLAH ROBBU JALAL..

JuNdULLaH

JuNdULLaH

" TAT MAINNA QULUB "

" TAT MAINNA QULUB "

Save Islam !!!!!!

Save Islam !!!!!!

Tuesday, December 15, 2009

bUlAn MuhArRaM dAh NaK mAi..!

Posted by AnisyaAdyaPutri

ALLAHUAKHBAR!!!
Pejam celik pejam celik dah nk masuk tahun baru kn??
wah..apa azam baru kita tahun ni?
eyh kejap..azam tahun lepas dah settle ke sahabat-sahabat sekalian? lau dah tercapai..ALHAMDULILLAH..=) bg yg blom lg tercapai..postpone la ke tahun baru ni..ingat jgn tangguh2 ye! memandangkan tahun baru dah nk msuk ari jumaat ni..sy pn terpikir la nk cari info2 tentang awal muharram ni..

setelah berjam-jam mencari..ape kata kita kongsi bersama2! meh ini kita baca sama2..=)

***************************************

::MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


::Doa akhir tahun:

: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Waktu membacanya:Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."


::Doa awal tahun:

: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Waktu membacanya:Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.



::Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


::Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


::Kisah Hijrah:

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur. Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.


Tentang Kaabah:

Kaabah: Saiz dan Sejarahnya Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi. Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah seluas satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu. Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat. Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini. Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain serangan manusia?

Nama-nama Kaabah:
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub. Nama-nama lain adalah:
Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
Bayt ul Haram - rumah dihormati.
Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: - Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci - Dinding Hatim adalah 33 kaki - Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki - Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Nama-nama Kaabah: Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub. Nama-nama lain adalah:
Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
Bayt ul Haram - rumah dihormati.
Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: - Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci - Dinding Hatim adalah 33 kaki - Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki - Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah. Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan. Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju. Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.


Semoga ALLAH melimphkan rezeki dan limpah kurniaNYA ut kita agar dapat mngamalkan dan memuliakan kedatangan AWAL MUHARRAM di alaf baru ini..=)

Sunday, November 8, 2009

kEiStImEwAAn KaUm HaWa!!

Posted by AnisyaAdyaPutri

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tertulis dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebaikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

FaDhilAt bErSeDeKaH

Posted by AnisyaAdyaPutri

1. Hadis daripada Abu Hurairah, katanya: Aku dengar Rasulullah saw bersabda: Kata seorang sahabat: Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir? Jawab Nabi: bahawa meraka adalah makhluk ALLAH. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat TUHAN yang RAHMAN!
2. Malaikat berseru: Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yg enggan(bakhil) bersedekah hartanya. (Al-Hadis)
3. Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah terang-terangan itu pengadang neraka.
4. Kata ulamak: Sedekah itu 10 kepujian; 5 di dunia dan 5 di akhirat
· 5 di dunia
§ mencucikan hartanya
§ mencucikan badannya
§ menolak bala dan penyakit
§ menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulai amal
§ berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
· 5 di akhirat
-dinaungkan ALLAH orang bersedekah dihari qiamat ketika sangat panas
-ringan hisabnya
-berat timbangan(amalan) di akhirat
-mudah melalui titian Siratulmustaqim
-bertambah darjatnya di dalam syurga
5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan (Al-Hadis)
6. Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya tidak berupaya maka bercakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu) Al-Hadis
7. Bersedekahlah kamu ke atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada berkemampuan bacalah satu ayat kitab ALLAH, kalau tidak tahu membacanya, maka berdoalah kamu kepada mereka dengan minta diampuni dan dirahmati ALLAH kepada mereka
8. Jangan menghinakan berbuat kebaikan(bersedekah) walau sedikit sekalipun. Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah. Apabila dating peminta sedekah kepadamu janganlah ditolak akannya dengan jahat walau sedikit pun. Berbahasalah dengan manis muka. Jangan mencaci dan menengking kepada peminta sedekah kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahala sedekahmu itu walau sedekahmu itu separuh daripada hartamu. Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta pada mu itu kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang deberi ALLAH daripada nikmatNYA (rezeki) kepadamu. (Al-Hadis)
9. Barangsiapa menengkin g kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari qiamat.( Al-Hadis)
10. Maskahwin bidadari itu(sedekah) segenggam buah kurma dan sebelah roti(Al-Hadis)
11. Tiada kurang harta dari sedekahnya itu. (Di dunia ditambah berkat hartanya dan menolak bala, di akhirat diberi pahala, diampun dosanya dan dikurniakan syurga. (Al-Hadis)
12. Sabda Nabi saw: ASSODAQOTU SYAIUN A’ZHIMUN.. “Sedekah itu adalah sesuatu yang amat besar”- diulangi baginda 3x ( begitu sekali Nabi menekankan kebesarab kelebihan bersedekah)
13. Sedekah menolak bala dan memanjangkan umur. (Al-Hadis)
14. Dari sebuah Hadis mengisahkan: Bahawa seorang membuat jamuan maka ALLAH menyuruh datang Malaikat 44 harisebelum diadakan jamuan. Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panajang di antara masyriq dan maghrib. Dia berhenti di pintu rumah, lalau menyeru ahli rumah, lalu dijawab oleh Jibril: Apa maksudmu dengan agli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu: Aku diutus oleh ALLAH kepada ahli rumah ini utk menggembirakan mereka bahawa jamuan mereka pada hari ……… inilah rezeki bersamaku dari syurga, dan bersama burung itu surat yang termetri pada mulutnya. Bertanya Jibril: Apa surat itu? Jawabnya: Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka. Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya-tertulis di dalamnya:
BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM BAROATUN MINAL WAHIDIL QAHHAR
“Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka”
Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril: Ya, menggembirakan aku- gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Muhammad terlepas daripada neraka. Kata Jibril: ALLAH utuskan aku, bahawa aku tulis bagi merak beberapa kebaikan, aku gugurkan beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu. Maka ALLAH ampunkan dosa2 mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu.( Dari kitab RAUDHUL ULAMA’)
15. Orang yang taat kepada ALLAH dengan ibadatnya dan taat kepada ibu bapanya, tetapi bakhil – ia tiada bersedekah, maka ia diazab atas dosa bakhilnya di akhirat. Dia dimasukkan ke dalam neraka.
16. Berfaedah sedekah apabila sedekahnya daripada harta yang halal,maka diampunkan dosanya,diberikan pahala kepadanya, dilepaskan daripada bala, dilepaskan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila ia bersedekah dengan harta yang haram tiadalah apa2 faedah baginya melainkan azab ALLAH ke atasnya kerana memberi yang haram kepada orang. Bersabda Nabi saw: Di dalam neraka jahanam ada sebuah rumah yg bernama “BaitulHuzni” disediakan oleh ALLAH bagi mereka yg bersedekah dengan harta yg haram.(Al-Hadis)
17.Tiada bersabda Nabi SAW: orang yg member makan atau sedekah dgn sesuap daripada yg haram maka ALLAH akan member kepadanya daripada besi yg dihancurkan daripada api neraka Jahannam hingga cair seperti air. Apabila dimakannya putuslah isi perutnya. Masuk makanan itu daripada mulutnya,keluar daripada duburnya. Maka berserulah Malik Zabaniah: Inilah balasan orang yg berusaha mendapatkan rezeki yang haram dan memakan ia daripadanya dan bersedekah ia daripadanya. (Al-Hadis)

Saturday, November 7, 2009

"MaLaikAt, MaNuSiA dAn HaIwAN"

Posted by AnisyaAdyaPutri

MALAIKAT, MANUSIA,HAIWAN

Malaikat: diberi kepadanya akal, tidak diberi nafsu.
Haiwan: diberi kepadany nafsu, tidak diberi akal.
Manusia: diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu..

Kalau akal manusia dapat mengalahkan(menundukkan) nafsunya, maka naiklah manusia ke darjat Malaikat,bahkan melebihi Malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada ALLAH. Tetapi, jika dia tunduk kepada nafsunya,dikalahkan oleh nafsunya maka turunlah dia kepada darjat haiwan.
Awasilah kepada nafsu yang sentiasa didorong oleh syaitan. Nafsu, adalah musuh yang jahat yang payah dikalahkan, sukar ditundukkan kerana dia berada di dalam diri kita yang dikendalikan syaitan. Payah mengawasinya dan susah mengatasinya, sentiasa mencabar keimanan kita.

UNTUK MENGATASINYA:
· Hendaklah melawan nafsu dari bertindak semahu-mahunya
· Hendaklah sentiasa meningkatkan amal ibadat
· Hendaklah memohon bantuan ALLAH, minta diselamatkan dari bahaya nafsu angkara jahanam yang mencabar
· Minta diteguhkan iman dan taqwa supaya dapat melawan nafsu

Thursday, August 6, 2009

*Kelebihan bulan SYAABAN*

Posted by AnisyaAdyaPutri


Saidatina Aisyah ra ada berkata, Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka,juga org yg berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Sesungguhnya mereka daam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yg dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yg dsebi=ut2 bnyk kelebihan,ehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yg berpuasa tidak akn lapar dan haus pada hari kiamat kelak.

Dalam memberi penjelasan berkaitan tiga bulan berturut2 itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpamanya waktu kelar daun, Syaaban diumpamakan kelarnyta bunga dan Ramadhan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda bermaksud " Seseungguhnya Rejab bulan ALLAH daN Syaaban itu bulanku, manakala Ramadhan itu bulan umatku." (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Ketiga-tiga bulan disebut Nabi saw itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan ksejahteraan. bulan yg penuh keberkatn dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakanbulan Rejab adalah kesempatan utk meminta amun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban utk memperbaiki diri dari segala cela dan Ramadhan adalah waktu utk menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan kerana pd bulan itu mayarakat arab dulu bertempiaran ke serata tempat untk mencari air, sehigga ada yg mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Nabi saw menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yg banyak, dgn nilai berganda bg ereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dgn ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada shabat, makudnya:" tahukah kau sekalian mengapa bula ini dinamakan Syaaban?" Mereka menawab: " ALLAH dan Rasul-Nya yg lebih mengetahui."

Baginda menjawab: "kerana pd blan ini bercabang bnyk kebaikan."

Dengan keutamaan yg ada pd SYAABAN ini, baginda memanfaatkan kesempatan utk meningatkan prestasi ibadat dan amal kebaikn sehingga seolah2 baginda tidak prnah meakukan sedemikian pd bulan lain.Nabi saw sendiri serin berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aisyah, belian berkata maksudnya: "adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kai enyanka yg baginda berpuasa berterusan dan baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yg Rasulullah akn berbuka seterusnya.

"Au tidak prnah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pd Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat lm sebln yg lebih bnyk di bukan Syaaban."
(riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hdis ini menerangkan kepada umat islam sekalian. Syaaban mmh bulan sgt digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dgn statusnya sbg gebang Ramadhan.

Rsulullah saw pernah mengumpamakan bulan Syaaban dg keutamaan diri baginda sendiri ats nabi lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Keutamaan Syaaba ke atas bulan yg lain adalah seperti keutamaan saya di ats semu nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke ats semua bulan yg lain dalah seperti keutmaan Allah TAALA ke ats makhluk-Nya."

Antara amalan yg digalakkan pd bln Syaaban ialah memperbnykkn ibadat sunat termasuk puasa,zikir,doa,selawat dan beraubat daripada kesalahan yg dilakukan.

walaupun amalan ini sukar, gajaran yg menanti adalah bergada. Ibadat sunat pd bulan Syaaban juga sebagai persediaan utk lebih cergas beribadat siang dan lm pd Ramadhan.

Syaaban juga adalah bulan di mna setiap doa org beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rsulullah bersabda: "Antara solat lima waktu yg doanya tidak ditolak ialah sewaktu mlm jumaat, pd mlm 10muharram, pd mlm pertengahan bln Syaaban dan pd mlm raya iaitu mlm hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah saw bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaiti antaa bulan Rejab dan Ramadhan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sgt suka sekiranya amalanku diangkat sedangka pd masa itu ku dalam keadaan berpuasa." (hadis riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bilan Syaaban juag menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun 5Hijrah, Rasulullah saw bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya: " Sesiapa yg memuliakan Syaaban bertaqwa kepada ALLAH dan taat kepadaNya seta menahan diri daripada makan dan minum serta perbuatan maksiat, ALLAH mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya pd satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."



Ujian Itu RaHsia ALLAH!

Posted by AnisyaAdyaPutri

Setiap manusia yg Allah cipta sentiasa akn diberi musibah.ujian atau masalah hidup di dunia yg semntara ini.Tipu jika seseorg itu berkata yg dia tidak pernah di timpa musibah. Setiap org ada mslhnya tersendiri. Allah uji dgn berbagai2 ujian tetapi sebabnya adalah sama.Allah menguji seseorg itu kerana ALLAH swt mempunyai rahsianya yg tersendiri,sama ada Allah hendak menambahkan iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita dan kerana sesuatu ujian itulah yg membuka mata hati kita, yg mendidik kita supaya jgn mudah putus asa dlm kehidupan yg bagaikan bahtera di lautan yg penuh onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kdg2 kita tertny2,mempersoalkan kpd AllAh kenapa kita diberi ujian yg berat sebegitu sekali sehingga terlupa pd siapa yg perlu kita mengadu segala masalah kita pda siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astaghfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dlm menghdapi ujian yg Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yg besar hendaklah ingt bkn kita shaja yg mengalaminya, mungkin ada shabt2 kita atau saudara seakidah kita yg lain menhadapi musibah ug sama bah kan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah Allah telah berkata dgn jelas di dlm al-quran yg Allah tidak akn sesekali menguji hambanya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat menghadapi ujianNya jd Allah berikan ujian itu ke ats diri kita.Disini kita dpt lihat betapa syg dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNYA.

Allah menguji seseorg bkn kerana ALLAH benci kepada kita tp percayalah yg Allah sgt kasih pd kita. Cuma kita sbg hamba Nya tiak pernah hendak bersabar dlm menghadapi ujiannya. Pasti Allah telah mengaturkan yg terbaik buat kita kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dgn ketenangan tetapi hny ALLAH sahaja yg mngetahui rahsia di dlmnya.
Begitu juga dgn kehidupan manusia, riang dan ketawa ttapi hny ALLAH yg mengetahui rahsia kehidupannya..
Jika rasa kecewa, alihakn pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpn brjuta batu yg menghalangnya.
dan jika rasa sedih, alhkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa ALLAh sentiasa bersamamu..

Jadi seharusnya apa yg perlu kita lakukan? berdoalah kpd ALLAH,ALLAH lah tempat kembali segala msalah yg sering membelenggu diri kita. Jgn malu utk merayu2, meminta2, memohon2 kpd ALLAH swt. selalu diingtkan yg Allah tidak prnah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu maha mendengar.

Dekatkanlah diri kita dgn pencipta kita yg menguasai seluruh alam, yg memegang hati2 kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yg dhadapi. mungkin ada yg rasa diri mereka tidak kuat hendak menghadapinya tetapi cubalah BANGUN! usah tewasdgn hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita krana kekuatan itu ada dlm diri kita msing2.yakin pd diri, kuatkan azam dan cita2. usah tonjolkan kelemahan kita pd syaitan kerana syaitan x pernah berhenti mnghasut agar kita selemah-lemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah shabat2 yg sentasa memberi kata2 smangat kepada kita dan bkn shabat yg menjatuhkan kita. Itulah pentingnya shabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup keseorgn.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujianyg seterusnya. untung bg mereka yg selalu diberi ujian tanda ALLAH swt syg pdnya. Semoga kita sentiasa menjadi hambanya yg sentiasa redha atasujian dan ketentuan ALLAH swt. Apa yg ditetapkan utk kita itulah yg TERBAIK! Insyaallah..

pEmBeDaHaN pLaSTiK?

Posted by AnisyaAdyaPutri

Adakah IsLAM menbenarkan pembedahan utk mencantikkan hidung??
Rawatan melicinkan muka??
Bagaimana pula dgn implan payudara??

Seorg ulama Arab Saudi yg brani menjawab persoalan itu ialah SYEIKH MOHAMMED al-NUJAIMI dan wanita ngara itu bergantung kepadanya utk panduan bg menjalani pembedahan plastik utk tujuan kecantikan.

jawapan beliau mungkin tidak pt diterima secara meluas di negara yg wanitanya menutup tubuh mereka dai hujung rmbut hingga ke hujung kaki. bagaimanapn, pembedahan plastik semakin berleluasa.

agama meliputi semua aspek kehidupan di ARAB SAUDI termasuk pembedahan plastik.

SHEIKH MOHAMMED mengeluarkan pnduan berdasarkan kata sepakat yg dicapai tiga tahun lalu selepas beberapa ulama dan pakar bedah plastik berbincang di Riyadh bg menentukan sama ada procedur kosmetik melanggar ajaran Islam atau dgn kata lain, ingkar kpd apa yg sudah dianugerahkan Tuhan kepada hambanya.

Keputusannya ialah wanita Islam boleh menjalani pembesaran payudara jika ia terlalu kecil,membetulkan anggota tubuh yg menyebabakan kesakitan atau memulihkan kecacatan akibat kemalangan.

Namun utk menjalani pembedahan yg berbahaya atau mengubah bentuk hidung semata2 mahu kelihatan sprti seorg penyanyi atau aktres ia adalah HARAM!

Ledakan dlm industri pembedahan plastik mendorong seorg penulis pojok negara itu, Abdoo Khal menulis artikel berjudul: KAMI TIDAK MAHU ANDA MENJADI CINDARELLA."

katanya: "Kaum wanita yg berebut2 menjalani pmbdhan plastik ialah kerana mereka merasa tidak selamat dan ia selari dgn pndapat bhawa wanita hanya utk digunakan di atas katil."

dipetik dari keratan Harian Metro:page 12,6 ogos 09

AL-SUNNAH (penerangan tntg akhlak)

Posted by AnisyaAdyaPutri

Definisi Al-Sunnah

SUDUT ETIMOLOGI:
a)jln, tuntutan hidup yg baik atau buruk;terpuji atau tercela (al-Nisa:26)
b)suatu ketetapan atau hukum(al-Fath:23)
SUDUT ISTILAH:
meliputi segala sesuatu yg disandarkan kepada Rasulullah saw sprti perkataan,perbuatanketetapan dan persetujuaan.

Pembahagian sunnah dari segi ketetapan:
a) Sunnah Qauliyyah (perkataan, ucapan)
b) Sunnah Fi'liyyah atau Amaliyyah (perbuatan,kelakuan)
c) Sunndh Takriyyah (persetujuan,ketetapan)

Al-sunnah bnyk mengajar dan menjadi panduan bg akhlak muli.akhlak amat dititikberatkan oleh islam ke ats penganut2nya malahan menjadi tujuan utama utusan ALLAH swt,sbgaimana sabda Nabi Muhammad saw yg bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutuskan adalah utk menyempurnakan akhlak mulia."

Akhlak dalam islam adalah beritik tolak daripada pengabdian seseorg kepada ALLAH swt dgn mengikut sunnah Rasulullah saw. Baginda adalah peribadi contoh yg terbaik.

Semua perangai yg bertentangan dgn akhlak Rasulullah saw adalah dikira tiak berakhlak. Firman ALLAH swt bermaksud:
"sesungguhnya engkau (wahai Muammad) mempunyai akhlak yg paling mulia."(al-Rum:4)

Sayyidina Aisyah ra apabila bertanya ttg akhlak Rasulullah saw, baginda berkata :
"adalah akhlak baginda saw itu ialah al-Quran"

Akhlak yg baik digambarkan oleh Rasulullah saw sbg suatu yg pling berat dalam pertimbangan seseorg mumin di hari kiamat kelak.

"Tiada sesuatu yg lebih berat dalam timbngan seseorg mukmin di hari kiamat selain akhlak g baik dan ALLAH swt benci kepada org yg keji mulut atau kelakuaannya."

contoh ajaran al-Sunnah mengenai akhlak dan nilai:

a)Hadis Ibnu Umar ra : Nabi saw mendengar seseorg menasihai saudaranya dalam hal malu, iaitu melarangna dan menganggap perbuatan iti buruk, lalu Nabi saw bersabda: Malu itu sebahagian daripada iman.(riwayat Muslim)

b)Hadis Abu Ayub al-Ansariy ra : Sesungguhnya Rasulullah sae bersabda: Haram bagi seseog muslim berkelahi dgn saudaranay lebih daripada tiga mlm, apabila keduanya bertemu salng memalingkan mukanya.Sementara itu, yg terbaik di antara keduanya adalah mereka yg mula mengucap salam.(riwayat Muslim)

c)Hadis Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda: Sesiapa yg beriman kpd ALLA swt dan Hari Kiamat, maka hendakah dia bercakap hny perkara baik atau diam dan sesiapa yg beriman kpd ALLAH swt dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. begitu juga sesiapa yg beriman kpd ALLAH swt dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.(riwayat Muslim
)

Sunday, August 2, 2009

Posted by AnisyaAdyaPutri

بسم الله الرحمن الرحيم

wahai insan ketahulah apa yg sebenarnya yg membezakan kita ini !!!!!!

FIRMAN ALLAH DI DALAM SURAH AL MURSALAT YG BERBUNYI :

الم نخلقكم من ماء مهين
(SURAH AL MURSALAT AYAT KE 2O)

MAKSUDNYA: BUKANKAH KAMI MENCIPA KAMU DARI AIR YG HINA?
APAKAH YG DI MAKSUDKAN DGN AIR YG HINA ?
AIR YG HINA ITU IALAH AIR YANG KELUAR DARI SALURAN NAJIS YANG AMAT MENJIJIKKAN (MANI)…SEDARKAH SIAPA KITA WAHAI MANUSIA?APA YG KITA MILIKI DI DUNIA INI?SEKIRANYA KITA INGIN BANGGA MEGAH DENGAN KEMEWAHAN DUNIAWI INGATLAH SEMUA ITU DARI ILAHI HANYA PINJAMAN SEKETIKA WAKTU…. SAUDARA,SEDANG KITA BERJALAN DI MUKA BUMI DGN SOMBONG ANGKUH MEGAH MENGANGKAT DADA KITA,KITA LUPAKAH WAHAI MANUSIA APA YG SEDANG KITA BAWA DALAM PERUT KITA?BUKANKAH NAJIS YG TERKANDUNG DIDALAMNYA…APAKAH MASIH KITA INGIN BERBANGGA
?

SAHABATKU TERCINTA.
ISLAM MENDIDIK KITA MENJADI HAMBA YANG BERTAKWA. HAMBA YANG MEMPUNYAI NILAI BUDI YANG MULIA. YANG TIADA BUSUK HATINYA,DAN TIADA BURUK PRASANGKA.. ISLAM MENGAJAR KITA UNTUK SENANTIASA BERMUHASABAH DIRI BAGI MENILAI DIRI DAN TIDAK PULA DIAJAR UNTUK MENILAI INSAN LAIN BAGI MENCARI KELEMAHAN UNTUK DIAIBKAN.
SAHABATKU YANG DIKASIHI,
SUNGGUH MULIA AJARAN SAMAWI
AJARAN YANG DIBAWA NABI ILAHI
YANG PATUT DICONTOHI
BAGI SEMUA YANG PUNYAI PEGANGAN DIRI……..

RENUNGLAH SAHABTKU SEJENAK…..

KENALKAH KITA SIAPAKA UMAR AL-KHATAB???

INSAN YANG PERNAH MENANAM ANAKNYA HIDUP - HIDUP DI ZAMAN KEJAHILANNYA..
INSAN YANG PALING KUAT MENENTANG ISLAM SEBELUM MEMELUK ISLAM…
INSAN YANG MENYAHUT CABARAN UNTUK MEMBUNUH NABI…

TIDAKKAH KITA TERFIKIR BETAPA KEJAMNYA UMAR INI???
NAMUN ADAKAH SESEKALI NABI MENCACI UMAR YANG KEJAM INI,
SEDANGKAN BELIAU DIANCAM BUNUH???

TIDAK SESEKALI NABI MENCACINYA MALAHAN IRINGAN DOA MEMUTARI JIWA UMAR…
INI JELAS MENUNJUKKAN AJARAN YANG DIBAWA NABI TIDAK MENGAJAR MANUSIA UNTUK MENGHUKUM SESIAPA MALAHAN MENDOAKAN KESEJAHTERAANYA AGAR DIBUKA HIDAYAH…
ISLAM AMATLAH MELARANG KITA MENGADU DOMBA MENCERITAKAN KEBRUKAN ORANG BAHKAN ISLAM MELARANG KITA MENCACI DIDALAM HATI…..

INGTLAH SAHABATKU..

SESUNGGUHNYA MAHA PENCIPTA AMATLAH MENGETAHUI ISI HATI HAMBANYA…

MAFHUM DARI FIRMAN ALLAH….

APAKAH MEREKA MENGIRA BAHAWA KAMI TIDAK MENDENGAR RAHSIA DAN BISIKAN BISIKAN MEREKA??? SEBENARNYA KAMI MENDENGAR DAN UTUSAN MALAIKAT MALAIKAT KAMI SELALU MENCATAT DISISI MEREKA..

( Surah Az zukhruf Ayat 80 )

SABDA RASULULLAH S.A.W YG BERBUNYI :

DI BERITAKAN DARI BINJAB AT-TAMIMMI: RASULULLAH S.A.W BERSABDA TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORG YG SEDIKIT DALAM HATINYA ADA SEBESAR BIJI SAWI AKAN IMAN ITU TTPI PADA MASA YG SAMA JUGA ADA RASA SEBESAR BIJI SAWI AKAN PERASAAN RIAK ITU…MAKA NERAKALAH TEMPAT YG LAYAK BGNYA…..




KITA PETIK DARI SATU KISAH YANG PERLU DIJADIKAN PANDUAN…….
TAHUKAH KITA SIAPAKAH DIA ABDULLAH BIN UBAI???

TAHUKAH JUA KAMU APAKAH ITU MUNAFIQ???

DIA MERUPAKAN ORANG YANG HIDUP DI ZAMAN RASULLAH..

Dia seorang yg beragama islam…tETAPI akhlaknya x mcm org islam..Abdullah bin ubai sampai satu masa dia jatuh sakit…sahabat nabi pergi brjumpa baginda lalu menyampaikan perkhabaran ini…Lalu tanpa membuang masa Baginda RASULULLAH pergi ke rumah ABDULLAH BIN UBAI untuk menziarahinya…Ttpi dgn keangkuhan Abdullah telah menghalau baginda keluar dari rumahnya…cuba kita bayangkan KEKASIH ALLAH di perlakukan dgn perlakuan sedemikian…Sekiranya kita mcm na agaknya perasaan kita???Tampa berkata baginda pun pergiii…Ttp pada masa matinya Abdullah tahu x anda apa hajatnya?Dia mintak nabi memakaikannya dgn jubbah nabi…Saudara kalau kita, nak x kita bg pakayan kita kat org ni?Dia pernah mengumpat isteri nabi aishah ( berzina ) sampai ketika itu nabi x lalu makan…Nabi bertnya sahabat apakah elok sekiranya aku menceraikan aishah?Tu dia sampai mcm tu kesan perbuatan Abdullah tehadap keluarga nabi…Tp nabi x penah pun mencacinya….Nabi x pnah pun menghukumnya…Nabi x pnh pun angkat tngan berdoa mintak Abdullah ni di musnahkan allah Tp masa matinya Abdullah nabi bg jubbanya untuk abbdullah saudara…ALLAHUAKBARRR….Inilah islam saudara..agama yg terindah di dunia ini…Islam lah yg akan selamatkan kita dari segala sikap yg keji…

Dri semua kisah ni marilah kita muhasabahkan diri kita…adakah layak kita untuk menghukum sudara kita yg lain sedangkan dalam firman ALLAH yg Brbunyi :



-ALLAH TIDAK MENILAI HAMBANYA MELALUI :

PARAS RUPA

WARNA KULIT

PANGKAT & DARJAT SEGALANYA YG KITA MILIKI

TETAPI ALLAH AKAN MENILAI KITA MELALUI AMALAN KITA ITULAH YG MEMBEZAKAN KITA DGN SEORANG YG LAIN

SESUNGUHNYA ORG MUKMIN MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH ITU MEREKA ADALAH
BERSAUDARA


prepared by

are_danys

Posted by AnisyaAdyaPutri

WAHAI ANAK-ANAK !!!!!!!!!!!!!!

video

PREPARED BY

are_danys

AL-BAQIK

AL-BAQIK